Monday, July 28, 2008

Pembubaran UMNO dan PAS



Bagi aku..Tok guru mempunyai perjuangan yang ikhlas dalam memperjuangkan negara Islam..dalam ketegasan beliau dan sifat ingin menolak bermuzakarah dengan UMNO (kerana beliau tahu UMNO nie bukan memperjuangkan Islam tapi kaum sahaja)..akhirnya beliau memberi pukulan KO kepada Hadi Awang dan Paklah untuk membubarkan parti demi perjuangan Islam di negara kita yang boleh aku anggap semakin lusuh dari segi perundangan dan sosial..apapun beliau sanggup dikritik oleh parti pakatan pembangkang demi perjuangan Islam dan Orang Melayu..

Sekarang terpulang kepada kepimpinan pak Lah untuk membuat keputusan yang bijak..bagi aku kalo die menolak cadangan Tok guru Nik Aziz bermakna beliau tidak ikhlas dalam menegakkan pemerintahan Islam sebenar di Malaysia..apa lagi nak diperkatakan..sebuah PARTI ISLAM yang selama ini..begitu lantang..mengatakan UMNO itu dan Ini takyah la disebutkan..akhirnya kini sanggup bergabung demi Melayu dan Islam...

UMNO kini perlu bijak menangani peluang ini...peluang memastikan parti Islam Melayu yang memberi nafas baru dalam pemerintahan negara..serta memastikan pari kaum lain seperti MCA dan MIC serta parti komponen lainnya..gembira dan merasakan masih relevan dalam perjuangan parti Mereka..

Friday, July 11, 2008

Al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam

Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke
atas umat Islam untuk menunaikannya.

Pertama, hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
Kedua, hak untuk bertakbir atau memahami makna dan
menjiwai kehidupan. Ketiga, hak untuk beramal dengan
seluruh isi kandungannya

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan agar
dikabulkan. Ketahuilah bahwa Allah tidak akan
mengabulkan doa orang yang hatinya hampa dan tidak
sungguh-sungguh" (HR Turmudzi dan al-Hakim).

Sesungguhnya Allah, para malaikat, penduduk langit dan
bumi sampai semut dan ikan mendoakan kebaikan kepada
orang yang mengajar kebaikan kepada manusia. (Hadis
riwayat Tirmizi)

Wednesday, July 9, 2008

Sinar Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah

sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan

lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,

Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,

setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua

memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..
AMIN.....