Tuesday, August 26, 2008

Kita perlukan kerajaan seperimana yang telah dicontohi Rasul Kita

Salam Semua,

Kemenangan Anwar sememangnya dijangka, walaupun pelbagai media kerajaan dan swasta memberi tekanan kepada nama dan imej beliau, pengundi di permatang pauh lebih sedar dan mengetahui perkara yang sebenar tentang apa yang berlaku di sana. Sememangnya Anwar mempunyai pengaruh yang amat kuat dan strategi kerajaan menyerang keperibadiannya dengan pelbagai tohmahan mahupun kenyataan sumpah TPM dan juga mangsa liwat saiful tetap tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada beliau. Begitu juga, dengan spekulasi fitnah yang menjadi mainan politik dan taktik penyamaran membuat kecoh semasa hari pengundian bertujuan memburukkan lagi parti saingan tetap tidak melunturkan kepercayaan rakyat kepada pimpinan Anwar.

Tetapi bukan itu yang ingin dinyatakan disini, memang diakui politik tidak pernah jujur, politik sememangnya kotor..dan tidak kira apapun strategi dilakukan sama ada positif mahupun sebaliknya adalah demi menjaga kepentingan parti dan perjuangan yang dipegang oleh mereka.

Kebangkitan Anwar sudah tiba masanya dibataskan, cukuplah sekadar menjadi ahli parlimen yang menegur segala kesilapan dan memberi idea yang membantu kerajaan dalam mentadbir negara. Keputusan pilihanraya sebelum ini hanyalah untuk memberi kesedaran kepada pemimpin kerajaan supaya lebih prihatin kepada rakyat, dan kini ia semakin kuat dengan kehadiran hero pembangkang yang jelas lantang akan menekan kerajaan sehingga tumbangnya pentabiran warisan Barisan Nasional.

Jika Anwar menjadi pemimpin nombor satu negara..terlalu banyak implikasi dan perkara yang tidak dijangka akan berlaku...lihatlah kepada pimpinan PKR di selangor yang menggadaikan keistimewaan orang melayu, Isu Babi yang terus berdolak dalik, usaha pemilikan Syabas oleh kerajaan negerinya dan pemberian air percuma yang dilihat satu tindakan popular yang sememangnya tidak kekal dalam pemerintahannya. Apa jadi pada DAP parti pakatan beliau, yang baru memerintah sebuah negeri pulau sudah semakin lantang tidak mahu mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Sememangnya Api masa kecil menjadi kawan dan besar mampu membakar kita..

Kini, sudah tiba masanya untuk pemimpin BN mengambil hati rakyat.. kembali kepada perjuangan mereka pada zaman kegemilangan mereka dahulu, ketika Tunku Abd. Rahman sehinggalah Tun Dr. Mahathir. Kepimpinan mereka jelas berkarisma, tegas, bijak dan prihatin terhadap rakyatnya. Kerajaan pimpinan mereka cukup memberi keselesaan rakyat umumnya.

Apapun penulis tidak menyokong mana-mana parti dalam situasi begini. Kerana semua parti di Malaysia ketika ini mempunyai kelemahan mereka sendiri. Sekiranya ingin dipersalahkan satu-satu parti sahaja adalah tidak adil untuk dihukum begitu. Cuma apa yang perlu kita sedar, pemimpin masa kini perlu lebih jujur dalam memerintah, pertahankanlah maruah dan keistimewaan orang melayu malah tingkatkanlah lagi corak pemerintahan Islam yang sebenar (Tidak perlu hadhari - Islam itu satu)..Contohilah pemerintahan Rasul Kita..InsyaAllah Allah akan memberi keberkatan dalam setiap tindakan yang akan dilaksanakan. Apa yang penting jangan sampai melayu terpinggir di bumi sendiri..dan Agama Islam diperlekehkan di negara Islam itu sendiri...

Ingatlah pemimpin ku anda telah mencalonkan diri anda dan disokong oleh rakyat untuk menjadi khalifah di negara ini..khalifah yang tidak menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna, hanya mementingkan keuntungan diri dan yang paling penting tidak menunaikan segala hukum dan perintah Allah untuk rakyatnya amat berat azab yang akan diterima di akhirat kelak..

Monday, August 4, 2008

Vandalisme - Tampal Iklan

Aku terpanggil untuk bersuara berkaitan aktiviti penampalan iklan ditempat awam (Tanpa kebenaran PBT)..

mulanya dari isu yang dibangkitkan dari rancangan pagi popular TV3 (MHI) yang diacarakan oleh mazidul dan Wardina...ramai pemanggil yang memberi pendapat dan ada antaranya munasabah dan ada juga yang sukar untuk dipraktikkan..

Bagi aku ini semua berpunca daripada penguatkuasaan yang tidak seimbang daripada PBT.. contohnya PBT begitu beriya memperoleh pendapatan mereka daripada cukai2 yang dikenakan kepada pihak awam seperti parking, pintu, tanah dan sebagainya..tetapi menutup sebelah mata dalam isu vandalisme penampalan iklan haram ini walaupun hakikatnya PBT berkuasa dengan akta/undang2 yang dibentuk dalam menangani masalah ini..kenapa? adakah isu ini hanya membebankan PBT untuk ditangani dan tidak menguntungkan? atau pihak yang terbabit lebih berkuasa daripada PBT (maklum mereka bukan pihak awam biasa..tetapi terdiri dari golongan Along, peniaga dan persendirian) yang tentunya sukar untuk dikawal..ataupun PBT tidak mahu membuat kerja lebih sebaliknya hanya memikirkan keuntungan yang perlu diperolehi...?

Pihak PBT boleh menyangkal persoalan ini..tetapi sejauh manakah penguatkuasaan mereka memberi kesan terhadap gejala ini?..fikirlah sendiri...

Bagi aku..gejala seperti ini boleh ditangani dengan baik..dan PBT seharusnya memandang serius mengenai perkara ini..begitu juga kerajaan pusat bagi mencerminkan Negara kita yang sihat dari vandalisme serta cantik dipandang mata terutama dari pelancong asing...caranya!!

1. Sekiranya Rakan Cops boleh ditubuhkan bagi mencegah jenayah..adakah baik sekiranya digunakan pendekatan yang sama oleh PBT untuk mencegah penampalan iklan haram ini..

2. Adakan kempen berterusan sepertimana kempen kemalangan yang sering keluar di TV..

3. PBT seharusnya bekerjasama dengan pihak Telekomunikasi dalam mengenalpasti dan menjejak penampal iklan untuk dikenakan tindakan mengikut akta/undang2 sedia ada. Malah sekat nombor tersebut bagi melumpuhkan aktiviti perniagaan mereka sebagai balasan atas kesalahan mereka. (kalo kereta parking tiada kupon boleh trace alamat untuk dikenakan denda dan sebagainya..mengapa tidak dengan vandalisme penampal iklan ini..cuba la adil dalam melaksanakan undang2 anda wahai Pihak PBT.

4. Kerajaan pusat & pemimpin tertinggi negara perlu memandang serius perkara sebegini.. supaya ada inisiatif untuk membenteras gejala seperti ini..contohnya:
- Menyamakan gejala ini sama seperti jenayah yang berat dan melibatkan kerjasama polis secara langsung
- Dibincangkan di Parlimen dan mengadakan hukuman yang berat kepada mereka
- Melaksanakan Ops pencegahan sepertimana dibuat pada ops PATI (besar-besaran)..
- Membatalkan lesen perniagaan mereka yang terlibat.

Dan banyak lagi boleh difikirkan sekiranya perkara ini dapat dicampurtangan oleh pemimpin tertinggi negara..

Memang tidak adil bagi pihak PBT kepada pembayar cukai yang menggunakan papan iklan yang sah sedangkan mereka-mereka ini dengan sesuka hati melakukan aktiviti sedemikian dengan berleluasa secara percuma malah terus mencacatkan senibina bangunan, lanskap, tiang lampu dan sebagainya dengan tampalan iklan haram mereka...

Fikir-fikirkan lah...