Tuesday, October 14, 2008

Al-Fatihah kepada Arwah Prof. Dr. Hj Ahris Yaakup

Assalamualaikum w.b.t

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Prof. Dr. Ahris Yaakup yang telah pun meninggalkan kita semua pada khamis yang lepas..Sesungguhnya pemergian beliau amat dirasai..kerana jasa dan pengorbanan beliau amat besar bukan sahaja kepada anak didikan dan kakitangan beliau (UGISP/ANR) malah semua yang banyak terlibat dalam bidang perundingan, pendidikan dan khidmat awam kerajaan khususnya perancangan bandar dan GIS.






Beliau merupakan perintis kepada pembangunan GIS perancang di Malaysia, sumbangannya sehingga kini memberi impak yang amat besar kepada keberkesanan aktiviti dan pengurusan GIS dan perancangan bandar dan wilayah di negara ini.




Sepertinya aku tidak terkecuali menerima faedah atas hasil usaha beliau..berkerja dengannya telah banyak memberi perubahan pada diri aku..dari seorang insan yang tidak matang dan tiada ilmu didada..kini sekurang-kurangnya telah dewasa dalam menempuh segala cabaran dari segi kerja dan pengetahuan yang diperolehi..tidak ketinggalan..hadir dipejabat beliau sebagai seorang fresh graduate dan berstatus bujang..kini aku telah pun mempunyai keluarga yang cukup bahagia..kereta dan rumah..yang semuanya hasil aku berkerja di UGISP dibawah naungan beliau..

Sesungguhnya sumbangan dan jasa yang diberikan tidak terbalas oleh kita semua..dan apa yang mampu kita hadiahkan adalah surah al-fatihah kepada beliau..semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama dengan orang yang Allah kasihi.. Amin.

maklumat lanjut..sila layari http://www.ugisp.com.my/