Tuesday, December 30, 2008

Imbauan 2008 - Mirza Muhaimin

Bersama nenek Amin

Di RnR Machap bersama bonda

Posing kat RnR Machap


Di Pizza Hut Tmn.U - tak reti suk diam..

Bersama Best Friendnya - Adwa (Anak Zul)

Imbauan 2008 - BBQ Dinner Puteri Harbour Nusajaya


Gambar keluarga bersama Emy suami Isteri



Persembahan Jemputan



Disember lalu...kemeriahan terasa di puteri harbour nusajaya..BBQ Dinner yang diadakan cukup menggamatkan suasana dengan mainan bunga api..badut dan sebagainya..kami sekeluarga turut bersama menikmati keseronokan pada malam itu...juga semua warga UEM Land Berhad..kami disajikan dengan persembahan band jemputan, tarian mama & papa mia..juga makanan yang cukup banyak..itu yang penting pun...apapun..pada malam itu..nasib tidak menyebelahi kami untuk memenangi sebarang cabutan bertuah...



Percikan Bunga Api di Puteri Harbour



Pemandangan Malam di Puteri Harbour



Antara pemandangan yang menarik


Amin bersama bondanya


Keseronokan tidak terkira





Bersama badut yang memang kelakar


Aikk..nak tumpang sekali ke?

Imbauan 2008 - Battle of the Band

Ogos ari tu, aku join band wakili UEM Land dalam Battle of the Band..ikutkan aku dah malas..maklum la dah tua...masa bujang2 dulu mmg la aktif..tapi biasalah orang dah ajak join jugak..malangnya...kitaorang punya setup lead gitar hancuss..so..peluang ke final amat tipis..apapun kitaorang enjoy gila masa tu...


Bersama neves (Pretty Ugly)




Seksa dah habis...





Sedang beraksi..rasa macam poyo pun ade..


Bergambar dihadapan UEM Academy (Tempat berlangsung)


Karaoke hilangkan tension yang ada..

Imbauan 2008 - Warna-Warni Aidilfitri UEM Land

Oktober lepas, UEM Land Berhad mengadakan warna-warni aidilfitri di Puteri Pacific Hotel..mmg meriah dan menyeronokkan..yang pasti makanannya semua menyelerakan...


Ziana Zain nak bergambar ngan aku..eh ye ke..



Bergambar beramai-ramai



Bersama CEO






Sempat bergambar bersama fahrin




Aksi Poyo geng UEM Land

Imbauan 2008 - Genting Highland







Pada julai yang lepas..kami sekeluarga telah menjejakkan kaki ke genting highland..actually aku nak mengimbas kembali kenangan masa zaman study dulu...geng budak kemajuan 16 hahaha...so banyak tempat yang aku pegi balik..dan tergelak balik bila mengingatkan kembali...apapun perjalanan kali ini lebih kepada memberi kepuasan kepada anak dan isteri aku..mmg mereka seronok sangat..terutama anak aku kepuasan tanpa batasan bila dapat bermain di sana..



Imbauan 2008 - Wakili UEM Land

Hujung mei aritu, UEM Group ada menganjurkan sukan trek di Bukit Jalil, so aku pun turut menyertai dalam acara lompat kijang..macam caya tak caya jer...tapi boleh la..untuk suka2-suka..sebab masa latihan lompat cecah lagi pasir..bila dah masuk stadium jejak simen jer hahahaha...

Apa yang bestnye acara perbarisan tetap kitaorang yang juara..biasaklah gempak mesti lebih..kalah lain pun takpe..anyway..cayalah untuk sume member yang terlibat... go go go!!

Imbauan 2008 - Zoo Melaka






Pada mei yang lepas..sambil pulang ke Cheng Melaka..sempat jugak ke Zoo Melaka..seronok la bawak anak nak kenalkan die binatang2 nih..teringat kecik2 dulu..mmg excited pergi zoo nih..macam2 leh kita belajar...bila dah jadik bapak orang nih..rasa penat lak melayan kerenah anak..apapun ader rasa kepuasan dalam diri bila lihat anak seronok melihat haiwan2 disana..






Imbauan 2008 - Balik Kampung (Cheng Melaka)

Cheng Baru merupakan perumahan tempat tinggal kedua mertua aku..Kalo nak ikutkan jarang gak kami balik..tapi kalo sekali balik..memacam kami akan pergi cam Zoo Melaka, Pantai-pantai di Melaka, Eyes of Malaysia, Taming Sari, Rempah Park dan bermacam-macam lagi..mmg menyeronokkan...


Di rumah Cheng Baru Melaka (1)


Di rumah Cheng Baru Melaka (2)

Nak ke Zoo Melaka

Imbauan 2008 - Hari Raya di Felda Easter



Ni anak aku bersama adik aku (Hakimi) sebaya..mmg rapat giler la dorang nih..boleh demam kalo lama tak jumpa..nak diceritakan raya kali ini agak dukacita memandangkan kedua org tua telah djangkit demam cikangunya..so seharian la lepak kat klinik pada raya pertama...Alhamdulillah kedua orang tua dapat recover balik sekarang....